25 Sept, 10:30 pm
Setiap hari dimulakan dengan meng’scroll’ timeline media sosial. Yes, semuanya kerana perkembangan teknologi. Lagi-lagi dengan perkembangan pesat teknologi masa kini yang seperti bukan melangkah tetapi berlari. Baru kita diperkenalkan dengan iPhone 6 dan sekarang sudah dilancarkan pula iPhone 7. Teknologi lama sudah jauh tertinggal di belakang. Mengikut peredaran teknologi seakan tiada penghujungnya. Semestinya kemajuan teknologi tidak akan berhenti bahkan lebih banyak inovasi yang akan muncul yang mana semuanya mampu meningkatkan kualiti hidup manusia.
Masih teringat ketika dahulu, waktu membeli handphone pertama ketika di bangku sekolah, tidak mempunyai jenama, tidak mempunyai spesifikasi yang canggih. Cukup sekadar boleh membuat panggilan dan menghantar sistem pesanan ringkas (sms). Dengan harga yang sama, sekarang sudah boleh dapatkan handphone yang mempunyai pelbagai spesifikasi yang canggih walaupon sekadar jenama bawahan seperti kamera yang baik, gps, dan lain-lain.
Ciri-ciri penting iPhone 7: iOS 10, Butang home baru dengan pelbagai fungsi & ciri baru, Kalis air dan debu, Kamera hadapan 7MP, Kamera hadapan 12 MP, Skrin RetinaHD, Speaker Stereo, Cip GPU baru 6 teras.
Teknologi seolah berlari mengejar mimpi manusia. Tinggallah kemampuan kita membelinya yang juga harus mampu mengejarnya.